Program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk Serta Klik Dengan Bijak Bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing

11 Mei 2019 | Sabtu
9.30 pagi – 4.00 petang | Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing, Johor

Tujuan:
Tujuan program ini adalah untuk membentuk kerjasama yang erat antara staf PI dengan kakitangan serta anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing. Ianya secara tidak langsung dapat berkongsi pengetahuan tentang dunia teknologi serta internet dan pengalaman bergotong royong menyediakan juadah bubur lambuk untuk diedarkan kepada komuniti setempat.

Kelebihan:
i. Mempromosikan Pusat Internet.
ii. Menerangkan tentang kemudahan yang boleh didapati di Pusat Internet.
iii. Memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.
iv. Mengadakan kuiz berkenaan “Klik Dengan Bijak” kepada para pelajar.
v. Menimbulkan kesedaran dalam menghayati erti Bulan Ramadhan.
vi. Menambahkan pengetahuan berkaitan isu-isu khidmat masyarakat.
vii. Melaksana sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan, amanah dan kesediaan berbakti.

Penglibatan:
Para Peserta.

Perlaksanaan Aktiviti:
Sesi bermula dengan menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk. Mengopek bawang dan siang sayur- sayuran. Selepas siap menyediakan semua bahan, sesi memasak bermula. Sementara menunggu bubur lambuk masak, kami mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) di dalam Dewan Makan mereka. Sesi soal jawab dan pembahagian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Bubur lambuk siap masak, sesi memasukkan bubur lambuk di dalam bekas pula. Akhir sekali, Pengagihan Bubur Lambuk kepada PIhak Anak-anak Yatim dan komuniti Setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :





Kembali ke halaman utama