Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama Nitar merupakan sempena nama Anitar anak perempuan orang asli di ini yang hilang di dalam hutan dan tak pernah ditemui sehingga sekarang. Bersempena nama gadis itu, kawasan ini dinamakan Nitar.

FELDA Nitar 2 di buka selepas wujudnya FELDA Nitar 1. Kewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi peneroka FELDA. Pada September 1984, penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka di FELDA Nitar 2. FELDA menyediakan rumah dan tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.

Pada 1985, peneroka mula menanam kelapa sawit di atas tanah kepunyaan mereka. Selain itu, FELDA turut memberi bantuan berupa baja, racun serta khidmat nasihat. Hasil tanaman mereka akan dihantar ke kilang FELDA untuk diproses. Walaupun FELDA Nitar 2 ini terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri dan boleh bergerak ke kawasan bandar bila-bila masa sahaja. Terdapat juga perkhidmatan bas awam disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.

Perubahan yang dialami di tanah rancangan serta kerajinan para peneroka mempelbagaikan pendapatan telah mengubah wajah kehidupan mereka dan memberi keselesaan pada masa sekarang. Kini peneroka telah mengubahsuai rumah mereka agar lebih selesa. Kawasan FELDA Nitar 2 ini dibuka sekitar tahun 1984 dengan kebanyakan penerokanya adalah daripada kawasan negeri Johor.

FELDA ini terletak kira-kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan penduduknya seramai lebih 3200 orang. FELDA Nitar 2 terletak berhampiran FELDA Nitar 1 dan juga FELDA Nitar Timur manakala Bandar Mersing merupakan bandar yang terhampir dengan tanah rancangan ini. Masyarakat di sini sering kali ke Bandar Mersing untuk menjalankan urusan penting dan mendapatkan bekalan seharian.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020



PROGRAM ANNUAL DINNER (GABUNGAN BERSAMA PI1M TNJG GENTING & AIR TAWAR)


25 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini diadakan adalah untuk Menjalinkan silaraturrahim sesama badan-badan NGO Daerah Mersing.Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pusat Internet 1Malaysia dengan Ahli-ahli NGO Mersing dan bersama-sama dengan YB Dato Hj Abd Latif Bin Hj Bandi dan Encik Raven Kumar A/L Krishnasamy... baca selanjutnya


Program BBQ Bersama AJK Kelab Internet 1Malaysia Felda Nitar 02 Sesi 2015 / 2016


07 November 2015 | Aktiviti Terkini

Assalammualaikum, Alhamdulillah pada 07 November 2015 telah berlangsungnya Program BBQ Bersama AJK Kelab Internet 1Malaysia Felda Nitar 02 Sesi 2015 / 2016... baca selanjutnya


PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI


30 Oktober2015 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini diadakan adalah untuk Menjalinkan silaraturrahim sesama kanak-kanak penduduk setempat bersama pekerja PI1M, Meningkatkan kemahiran pemikiran kreatif mereka dan juga Mendedahkan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet kepada kanak-kanak... baca selanjutnya


Program Jalinan Mesra Sehati Sejiwa Felda Nitar 02


26 September 2015 | Aktiviti Terkini

Assalammualaikum, Alhamdulillah pada 26 September 2015 telah berlangsungnya Program Jalinan Mesra Sehati Sejiwa Felda Nitar 02. Program ini adalah anjuran Majlis Belia Felda Nitar 02 dengan kerjasama dari Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 2... baca selanjutnya


Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 02


22 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara Pusat Internet 1Malaysia, pihak digi & pihak SKMM dengan penduduk kampung.... baca selanjutnya


Mesyuarat Mengenai Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 02


09 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Mesyuarat Mengenai Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 02 ini bertujuan membuat perancangan dan pembentangan idea program yang ingin dijalankan ketika Hari Terbuka tersebut.... baca selanjutnya


Program Tayangan Movie Avengers 2 (Age of Ultron) & Taklimat serta Kuiz Klik Dengan Bijak


26 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Program Tayangan Movie Avengers 2 (Age Of Ultron) & Taklimat serta Kuiz Klik Dengan Bijak ini bertujuan mengisi masa lapang mereka pada hari tersebut dengan aktiviti yang berfaedah. Mendapat keberkatan & ilmu ilmiah tentang keselamatan pengguanaan internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak... baca selanjutnya


Pertandingan Mewarna Semperna Sambutan Hari Ibu & Mini Karnival


23 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pada (23 Mei 2015) kali ini Pusat Internet 1Malaysia terlibat dalam Sambutan Hari Ibu & Mini Karnival MPKP Mersing. Dimana penganjur utama adalah dari Persatuan Usahawan Anak Mersing dengan kerjasama Wanita UMNO, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, FAMA serta usahasama Kementerian Belia & Sukan, KPDNKK, Majlis Daerah Mersing, Empower ECER, Skuad Primer, RELA, PTPTN, Jabatan Kebajikan Masyarakat... baca selanjutnya


Latihan Komuniti PI1M (Training Online Business With Partners)


25 Sehingga 27 Mac 2015 | Berita Semasa

Pihak DiGi dengan kerjasama daripada syarikat-syarikat di bawah telah merancang untuk mengadakan program yang dikhaskan untuk memperkenalkan produk-produk tempatan ke satu peringkat yang lebih luas... baca selanjutnya


Road Show Jom Masuk ILP Ledang


5 March 2015 | Aktiviti Terkini

Assalammualaikum, Alhamdulillah pada 5 Mac 2015 telah berlangsungnya Road Show Jom Masuk ILP Ledang. Terima kasih pada semua pihak yang terlibat ILP Ledang & Belia Felda Nitar 2... baca selanjutnya


Mesyuarat Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru PI1M & Pusat Sumber


1 Februari 2015 | Aktiviti Terkini

Assalammualaikum, Alhamdulillah pada 1 Febuari 2015 telah berlangsungnya mesyuarat Pembubaran & Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru bagi sesi 2015 / 2016. Diakhir Program adalah jamuan makan perpisahan... baca selanjutnya


Aktiviti Gotong-Royong di Kawasan Bangunan KEMAS Felda Nitar 2


24 Januari 2015 | Aktiviti Terkini

Assalammualaikum..Alhamdulillah pada 24 januari 2015 telah berlangsungnya aktiviti gotong-royong di kawasan bangunan KEMAS Felda Nitar 2 bersama adik-adik yang sudi membantu... baca selanjutnya