Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama Nitar merupakan sempena nama Anitar anak perempuan orang asli di ini yang hilang di dalam hutan dan tak pernah ditemui sehingga sekarang. Bersempena nama gadis itu, kawasan ini dinamakan Nitar.

FELDA Nitar 2 di buka selepas wujudnya FELDA Nitar 1. Kewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi peneroka FELDA. Pada September 1984, penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka di FELDA Nitar 2. FELDA menyediakan rumah dan tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.

Pada 1985, peneroka mula menanam kelapa sawit di atas tanah kepunyaan mereka. Selain itu, FELDA turut memberi bantuan berupa baja, racun serta khidmat nasihat. Hasil tanaman mereka akan dihantar ke kilang FELDA untuk diproses. Walaupun FELDA Nitar 2 ini terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri dan boleh bergerak ke kawasan bandar bila-bila masa sahaja. Terdapat juga perkhidmatan bas awam disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.

Perubahan yang dialami di tanah rancangan serta kerajinan para peneroka mempelbagaikan pendapatan telah mengubah wajah kehidupan mereka dan memberi keselesaan pada masa sekarang. Kini peneroka telah mengubahsuai rumah mereka agar lebih selesa. Kawasan FELDA Nitar 2 ini dibuka sekitar tahun 1984 dengan kebanyakan penerokanya adalah daripada kawasan negeri Johor.

FELDA ini terletak kira-kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan penduduknya seramai lebih 3200 orang. FELDA Nitar 2 terletak berhampiran FELDA Nitar 1 dan juga FELDA Nitar Timur manakala Bandar Mersing merupakan bandar yang terhampir dengan tanah rancangan ini. Masyarakat di sini sering kali ke Bandar Mersing untuk menjalankan urusan penting dan mendapatkan bekalan seharian.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2017

Dapat memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW, dapat menerapkan Pendidikan rohani dan jasmani murid-murid... baca selanjutnya

Perasmian PI1M Taman Ilham

Aktiviti Terkini | 4 November 2017

Bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di PI1M... baca selanjutnya

Program Sambutan Hari Malaysia bersama PI1M Felda Nitar 2 & Tabika Kemas

Aktiviti Terkini | 17 September 2017

Program mengenai hari Malaysia ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan kanak-kanak tabika kemas dan ibubapa... baca selanjutnya

Program Marhaban bersama ahli GPW(Gerakan Persatuan Wanita) Felda Nitar 2, Mersing

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2017

Program ini bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim antara ahli GPW (Gerakan Persatuan Wanita) dan juga kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia yang menyertai rombongan marhaban di Felda Nitar 2, Mersing... baca selanjutnya

Program Bubur Lambuk Bersama Giatmara

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2017

Pada bulan ini, PI1M Tanjung Genting, PI1M Kg. Baru Air Tawar dan juga PI1M Felda Nitar 02 telah bersepakat untuk mengadakan kerjasama bersama Giatmara Mersing bagi menjayakan program... baca selanjutnya

Program Celik Hati

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2017

Tujuan program celik hati ini dijalankan bersama KEMAS untuk memberi pendedahan tentang ilmu akhirat dan juga pendedahan tentang “Klik Dengan Bijak”... baca selanjutnya

Majlis Yassin

Aktiviti Terkini | 18 April 2017

Tujuan program majlis bacaan yassin ini adalah untuk menyambut bulan puasa yang bakal tiba dan majlis keyukuran dan keselamatan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Nitar 02... baca selanjutnya

Mencari Perkataan Tersembunyi & Typing Word

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017

Tujuan program mencari perkataan tersembunyi dan typing word ini adalah untuk melihat kecekapan remaja... baca selanjutnya

Cergas Minda

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2017

Tujuan program Cergas minda ini adalah untuk melihat kerjasama antara anak dan juga ibu bapa, serta melihat cara pemikiran kreatif... baca selanjutnya

MAJLIS MAULIDUL RASUL

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2017

Tujuan program Majlis Maulidul Rasul adalah mempelajari hikmah, dan memperingati sejarah hari lahir nabi serta Bersama mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung. Mengadakan aktiviti yang... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya