Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Nama Nitar merupakan sempena nama Anitar anak perempuan orang asli di ini yang hilang di dalam hutan dan tak pernah ditemui sehingga sekarang. Bersempena nama gadis itu, kawasan ini dinamakan Nitar.

FELDA Nitar 2 di buka selepas wujudnya FELDA Nitar 1. Kewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi peneroka FELDA. Pada September 1984, penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka di FELDA Nitar 2. FELDA menyediakan rumah dan tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.

Pada 1985, peneroka mula menanam kelapa sawit di atas tanah kepunyaan mereka. Selain itu, FELDA turut memberi bantuan berupa baja, racun serta khidmat nasihat. Hasil tanaman mereka akan dihantar ke kilang FELDA untuk diproses. Walaupun FELDA Nitar 2 ini terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri dan boleh bergerak ke kawasan bandar bila-bila masa sahaja. Terdapat juga perkhidmatan bas awam disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.

Perubahan yang dialami di tanah rancangan serta kerajinan para peneroka mempelbagaikan pendapatan telah mengubah wajah kehidupan mereka dan memberi keselesaan pada masa sekarang. Kini peneroka telah mengubahsuai rumah mereka agar lebih selesa. Kawasan FELDA Nitar 2 ini dibuka sekitar tahun 1984 dengan kebanyakan penerokanya adalah daripada kawasan negeri Johor.

FELDA ini terletak kira-kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan penduduknya seramai lebih 3200 orang. FELDA Nitar 2 terletak berhampiran FELDA Nitar 1 dan juga FELDA Nitar Timur manakala Bandar Mersing merupakan bandar yang terhampir dengan tanah rancangan ini. Masyarakat di sini sering kali ke Bandar Mersing untuk menjalankan urusan penting dan mendapatkan bekalan seharian.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


SIARAN LANGSUNG: JENAYAH SIBER : KETAHUI HAK , TANGGUNGJAWAB & PERLINDUNGAN

Aktiviti Terkini |11 Disember 2021

Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya jenayah siber.............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG PEDIG: PAKEJ REMAJA & PERANTI KELUARGA MALAYSIA (DIGI)

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Untuk memperkenalkan dan menyampaikan maklumat berkaitan pakej tersebut.............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: APLIKASI ‘HYPE TEXT”

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2021

Cara untuk membuat animasi teks di gambar atau di video............baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: CHECK YOUR LABEL (CYL) & MOBILE E-WASTE

Aktiviti Terkini | 2 Oktober 2021

Dapat menambah ilmu pengetahuan tentang Check Your Label (CYL) & juga Mobile E-Waste...........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: APLIKASI MY SEJAHTERA (CHECK-IN)

Aktiviti Terkini | 21 September 2021

Siaran langsung bertujuan bagi memberi lebih penerangan selepas kemaskini aplikasi My Sejahtera di “Play Store” & Cara menggunakannya..........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG KLIK DENGAN BIJAK (KDB) : JENAYAH SIBER

Aktiviti Terkini | 8 September 2021

Siaran langsung bertujuan bagi meninjau tempat menarik sekitar Felda Nitar 2 selain memperkenalkan usahawan yang ada di Felda Nitar 2.........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: TEMPAT MENARIK SEKITAR FELDA NITAR 2 DAN USAHAWAN FELDA NITAR 2

Aktiviti Terkini | 4 September 2021

Siaran langsung bertujuan bagi meninjau tempat menarik sekitar Felda Nitar 2 selain memperkenalkan usahawan yang ada di Felda Nitar 2.........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: KENALI CELIK IT PIK FELDA NITAR 2

Aktiviti Terkini | 3 September 2021

Dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang Pusat Internet Komuniti Felda Nitar 2........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG BERSAMA USAHAWAN FELDA NITAR 2 (MABELES WAFFLE)

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021

Program ini bertujuan bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada mereka yang masih belum divaksin........baca selanjutnya

PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN PPV BERGERAK MERSING

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2021

Siaran langsung ini dibuat bagi membantu Usahawan daripada Felda Nitar 2 dalam mempromosikan produk beliau.........baca selanjutnya

VIDEO ICT : CARA KONGSI LINK FOLDER DARI GOOGLE DRIVE

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2021

Dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baru kepada para penonton video ict ini........baca selanjutnya

VIDEO ICT : CARA ‘UPLOAD’ FILE KE GOOGLE DRIVE

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2021

Dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baru kepada para penonton video ict ini.......baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: MICROSOFT POWER POINT

Aktiviti Terkini | 5 Julai 2021

Facebook Page live ini bertujuan bagi membantu para pelajar dan penonton untuk lebih memahami dan membantu dengan memberikan beberapa topik pengajaran yang dapat membantu para pelajar lebih mendalam selain kami selitkan pengajaran yang seronok......baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK (MICROSOFT WORD DAN ICT E-LEARNING)

Aktiviti Terkini | 5 & 10 Jun 2021

Facebook Page live ini bertujuan bagi membantu para pelajar dan penonton untuk lebih memahami dan membantu dengan memberikan beberapa topik pengajaran yang dapat membantu para pelajar lebih mendalam selain kami selitkan pengajaran yang seronok.....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK (MICROSOFT WORD DAN ICT E-LEARNING)

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2021

Facebook Page live ini bertujuan bagi membantu para pelajar dan penonton untuk lebih memahami dan membantu dengan memberikan beberapa topik pengajaran yang dapat membantu para pelajar lebih mendalam selain kami selitkan pengajaran yang seronok.....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK (MICROSOFT WORD DAN ICT E-LEARNING)

Aktiviti Terkini | 23 April 2021

Facebook Page live ini bertujuan bagi membantu para pelajar dan penonton untuk lebih memahami dan membantu dengan memberikan beberapa topik pengajaran yang dapat membantu para pelajar lebih mendalam selain kami selitkan pengajaran yang seronok.....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK (MICROSOFT WORD DAN ICT E-LEARNING).

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2021

“Facebook Page Live” ini bertujuan bagi membantu para pelajar dan penonton untuk lebih memahami dan membantu dengan memberikan beberapa topik pengajaran yang dapat membantu para pelajar lebih mendalam.....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK (MICROSOFT WORD DAN ICT E-LEARNING).

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2021

“Facebook Page Live” ini bertujuan bagi membantu para pelajar dan penonton untuk lebih memahami dan membantu dengan memberikan beberapa topik pengajaran yang dapat membantu para pelajar lebih mendalam.....baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK (MICRO:BIT DAN ICT E-LEARNING.

Aktiviti Terkini | 3 Januari 2021

Facebook Page live ini bertujuan bagi membantu para pelajar untuk lebih memahami dan membantu dengan memberikan beberapa topik pengajaran yang dapat membantu para pelajar lebih mendalam selain kami selitkan pengajaran yang seronok. . ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti