Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama Nitar merupakan sempena nama Anitar anak perempuan orang asli di ini yang hilang di dalam hutan dan tak pernah ditemui sehingga sekarang. Bersempena nama gadis itu, kawasan ini dinamakan Nitar.
FELDA Nitar 2 di buka selepas wujudnya FELDA Nitar 1. Kewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi peneroka FELDA. Pada September 1984, penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka di FELDA Nitar 2. FELDA menyediakan rumah dan tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.
Pada 1985, peneroka mula menanam kelapa sawit di atas tanah kepunyaan mereka. Selain itu, FELDA turut memberi bantuan berupa baja, racun serta khidmat nasihat. Hasil tanaman mereka akan dihantar ke kilang FELDA untuk diproses. Walaupun FELDA Nitar 2 ini terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri dan boleh bergerak ke kawasan bandar bila-bila masa sahaja. Terdapat juga perkhidmatan bas awam disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.
Perubahan yang dialami di tanah rancangan serta kerajinan para peneroka mempelbagaikan pendapatan telah mengubah wajah kehidupan mereka dan memberi keselesaan pada masa sekarang. Kini peneroka telah mengubahsuai rumah mereka agar lebih selesa. Kawasan FELDA Nitar 2 ini dibuka sekitar tahun 1984 dengan kebanyakan penerokanya adalah daripada kawasan negeri Johor.
FELDA ini terletak kira-kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan penduduknya seramai lebih 3200 orang. FELDA Nitar 2 terletak berhampiran FELDA Nitar 1 dan juga FELDA Nitar Timur manakala Bandar Mersing merupakan bandar yang terhampir dengan tanah rancangan ini. Masyarakat di sini sering kali ke Bandar Mersing untuk menjalankan urusan penting dan mendapatkan bekalan seharian.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA PELAJAR SK PUSAT AIR TAWAR
Aktiviti Terkini | 1 Disember 2022
Memberikan kesedaran kepada para pelajar bahawa terdapat risiko dalam talian..........baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA PELAJAR SK BANDAR MERSING
Aktiviti Terkini | 9 November 2022Memberikan kesedaran kepada para pelajar bahawa terdapat risiko dalam talian..........baca selanjutnya
PKD BERSAMA KOMUNITI @ MINI KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2022
Aktiviti Terkini | 29 Oktober 2022Mencipta peluang baru bagi masyarakat setempat untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti kehidupan mereka...........baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA PELAJAR SK LKTP NITAR 2
Aktiviti Terkini |5 Oktober 2022Memberikan kesedaran kepada para pelajar bahawa terdapat risiko dalam talian..........baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: TEMPAT MENARIK DI MERSING
Aktiviti Terkini |14 September 2022Siaran langsung ini bertujuan memberi penerangan tentang Tempat -tempat yang menarik di sekitar Mersing. ..........baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: PROGRAM MEWARNA BERSAMA PELAJAR LITERSI FELDA NITAR 2
Aktiviti Terkini |24 Ogos 2022Siaran langsung ini bertujuan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan kepada penonton.................baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini |23 Julai 2022Siaran langsung ini bertujuan untuk berkongsi cara untuk mengelak dari kena scam & juga keganasan siber.................baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: TIPS INTERVIEW KERJA
Aktiviti Terkini |21 Julai 2022Siaran langsung ini bertujuan untuk nerkongsi tips persediaan sebelum ke temujanji kerja.................baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK - CHECK YOUR LABEL (CYL)
Aktiviti Terkini |20 Jun 2022Dapat menambah ilmu pengetahuan tentang Check Your Label (CYL)................baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK - PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN
Aktiviti Terkini |17 Jun 2022Siaran langsung ini bertujuan memberi penerangan tentang Pengurusan risiko dalam talian.................baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: JOM LAWATI WEBSITE PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) FELDA NITAR 2
Aktiviti Terkini |28 Mei 2022Siaran langsung ini bertujuan memberi penerangan tentang tujuan PEDi ini ditubuhkan dan juga perlaksanaannya. Selain itu, PEDi memperkenalkan website kepada penonton tentang perkhidmatan yang disediakan...............baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: SOALAN LAZIM – MASALAH KANDUNGAN DALAM TALIAN
Aktiviti Terkini |24 Mei 2022Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang Keselamatan dalam melayari internet...............baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: SOALAN LAZIM – MASALAH KANDUNGAN DALAM TALIAN
Aktiviti Terkini |18 Mei 2022Bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sesama komuniti, menyucikan dosa melalui bermaaf-maafan sesama insan dan menunjukkan simbol kepada kekuatan ummah serta kesatuan masyarakat di kalangan peserta...............baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: MICROSOFT EXCEL(TIPS & TRICKS)
Aktiviti Terkini |20 April 2022Memberikan tips kepada pengguna agar tugasan mereka menjadi lebih cepat dan efektif..............baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK (KDB)–KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini |19 Mac 2022Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang Keselamatan dalam melayari internet.............baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT TENTANG PENIPUAN KEWANGAN DAN PELABURAN (SCAMMER)
Aktiviti Terkini |26 Februari 2022Memupuk kesedaran dan membantu individu untuk mengenal pasti serta menghindari penipuan kewangan............baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK (KDB) - TIP KESELAMATAN UNTUK SEISI ANDA KELUARGA DALAM PENGGUNAAN INTERNET.
Aktiviti Terkini |19 Februari 2022Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang Keselamatan dalam melayari internet............baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK (KDB) - MAKLUMAT PERIBADI, KESELAMATAN KOMPUTER & MEMBELI BELAH DALAM TALIAN
Aktiviti Terkini |17 Januari 2022Setiap maklumat peribadi adalah hak kita untuk menjaga dari urusan luar yang bukan rasmi.............baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya