Program Marhaban bersama ahli GPW(Gerakan Persatuan Wanita) Felda Nitar 2, Mersing

11 Julai 2017 | Selasa
2.00 petang – 6.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia, Felda Nitar 2, Johor

Tujuan:
Program ini bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim antara ahli GPW (Gerakan Persatuan Wanita) dan juga kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia yang menyertai rombongan marhaban di Felda Nitar 2, Mersing.

Penglibatan:
Pengujung program.

Kelebihan aktiviti:
1. Program ini menjadi medium penyatuan dan mengeratkan silaturahim Upacara keramaian seumpama ini tentu dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
2. Penglibatan masyarakat yang bersama-sama dalam majlis-majlis yang diadakan tentu sekali akan memberi kesan baik kepada semangat kekitaan dan memupuk ikatan ukhuwwah serta suasana harmoni dalam masyarakat itu sendiri.
3. menghidupkan seni warisan ini, lebih-lebih lagi amalan barzanji dan marhaban dilihat semakin dilupakan terutamanya oleh generasi baru pada hari ini. Masyarakat umumnya boleh memainkan peranan bagi menyemarakkan seni ini dengan menjadikannya sebagai satu pengisian dalam majlis-majlis yang diadakan.

Aktiviti Berkaitan:
- Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 2 dengan penduduk kampung dan Menggalakkan penglibatan dari semua pihak yang berkerjasama untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
- Program Marhaban ini diadakan pada 11 Julai 2017 (Selasa) bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 6 petang. Program Marhaban pada tahun ini telah disertai oleh lapan buah rumah ahli GPW (Gerakan Persatuan Wanita) termasuk Premis Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 2.
- Turut sama menyertai rombongan marhaban ini ialah anak – anak ahli GPW (Gerakan Persatuan Wanita).

Kesimpulan:
Program bubur lambuk ini telah berjaya memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada mata umum khususnya kepada penerima bubur lambuk tersebut. Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi memudahkan jalinan hubungan antara Badan-badan kerajaan, agensi atau NGO yang lain.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama