Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Nama Nitar merupakan sempena nama Anitar anak perempuan orang asli di ini yang hilang di dalam hutan dan tak pernah ditemui sehingga sekarang. Bersempena nama gadis itu, kawasan ini dinamakan Nitar.

FELDA Nitar 2 di buka selepas wujudnya FELDA Nitar 1. Kewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi peneroka FELDA. Pada September 1984, penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka di FELDA Nitar 2. FELDA menyediakan rumah dan tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.

Pada 1985, peneroka mula menanam kelapa sawit di atas tanah kepunyaan mereka. Selain itu, FELDA turut memberi bantuan berupa baja, racun serta khidmat nasihat. Hasil tanaman mereka akan dihantar ke kilang FELDA untuk diproses. Walaupun FELDA Nitar 2 ini terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri dan boleh bergerak ke kawasan bandar bila-bila masa sahaja. Terdapat juga perkhidmatan bas awam disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.

Perubahan yang dialami di tanah rancangan serta kerajinan para peneroka mempelbagaikan pendapatan telah mengubah wajah kehidupan mereka dan memberi keselesaan pada masa sekarang. Kini peneroka telah mengubahsuai rumah mereka agar lebih selesa. Kawasan FELDA Nitar 2 ini dibuka sekitar tahun 1984 dengan kebanyakan penerokanya adalah daripada kawasan negeri Johor.

FELDA ini terletak kira-kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan penduduknya seramai lebih 3200 orang. FELDA Nitar 2 terletak berhampiran FELDA Nitar 1 dan juga FELDA Nitar Timur manakala Bandar Mersing merupakan bandar yang terhampir dengan tanah rancangan ini. Masyarakat di sini sering kali ke Bandar Mersing untuk menjalankan urusan penting dan mendapatkan bekalan seharian.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BASIC ICT : KELAS ICT MICROSOFT WORD – MENAIP SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2024

Kelas ICT sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat...........baca selanjutnya

PROGRAM CASHLESS - NADI FELDA TENGGAROH 2

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2024

Mewujudkan masyarakat tanpa tunai yang berlestari dan berkembang maju bagi masyarakat setempat..........baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SK PONTIAN, ROMPIN

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2024

Mendidik para pelajar tentang cara penggunaan ict dengan lebih berhemah..........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti