Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama Nitar merupakan sempena nama Anitar anak perempuan orang asli di ini yang hilang di dalam hutan dan tak pernah ditemui sehingga sekarang. Bersempena nama gadis itu, kawasan ini dinamakan Nitar.

FELDA Nitar 2 di buka selepas wujudnya FELDA Nitar 1. Kewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi peneroka FELDA. Pada September 1984, penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka di FELDA Nitar 2. FELDA menyediakan rumah dan tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.

Pada 1985, peneroka mula menanam kelapa sawit di atas tanah kepunyaan mereka. Selain itu, FELDA turut memberi bantuan berupa baja, racun serta khidmat nasihat. Hasil tanaman mereka akan dihantar ke kilang FELDA untuk diproses. Walaupun FELDA Nitar 2 ini terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri dan boleh bergerak ke kawasan bandar bila-bila masa sahaja. Terdapat juga perkhidmatan bas awam disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.

Perubahan yang dialami di tanah rancangan serta kerajinan para peneroka mempelbagaikan pendapatan telah mengubah wajah kehidupan mereka dan memberi keselesaan pada masa sekarang. Kini peneroka telah mengubahsuai rumah mereka agar lebih selesa. Kawasan FELDA Nitar 2 ini dibuka sekitar tahun 1984 dengan kebanyakan penerokanya adalah daripada kawasan negeri Johor.

FELDA ini terletak kira-kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan penduduknya seramai lebih 3200 orang. FELDA Nitar 2 terletak berhampiran FELDA Nitar 1 dan juga FELDA Nitar Timur manakala Bandar Mersing merupakan bandar yang terhampir dengan tanah rancangan ini. Masyarakat di sini sering kali ke Bandar Mersing untuk menjalankan urusan penting dan mendapatkan bekalan seharian.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PERTANDINGAN BOLA JARING

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2016

Tujuan pertandingan ini diakan supaya penduduk kampung Felda Nitar 02 dapat mengisi masa lapang dan mngeratkan silaturahim bersama-sama mereka dan juga bersama dengan staff Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 02... baca selanjutnya

PERTANDINGAN FUTSAL

Aktiviti Terkini | 25 November 2016

Tujuan pertandingan ini diakan supaya budak-budak penduduk kampung Felda Nitar 02 dapat mengisi masa lapang dan mngeratkan silaturahim bersama rakan-rakan yang lain dan juga bersama dengan staff Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 02... baca selanjutnya

PERTANDINGAN SODUKU

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2016

Tujuan pertandingan ini diakan supaya budak-budak penduduk kampung Felda Nitar 02 dapat mengisi masa lapang dan mngeratkan silaturahim bersama rakan-rakan yang lain dan juga bersama dengan staff Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 02... baca selanjutnya

PROGRAM TAKLIMAT KESELAMATAN DARI POLIS & SEMINAR E-REZEKI MALAYSIAN ECONOMY COMPANY (MDEC)

Aktiviti Terkini | 09 & 25 September 2016

Tujuan program ini bersama penganjur utama wakil polis, Puteri UMNO, MDEC, Unit Usahawan Muda, Pusat Pembangunan Belia & Pejabat Belia dan Sukan daerah Mersing ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan untuk penduduk kampung Felda Nitar 2 & berhampiran tentang keselamatan diri & berkerja melalui online serta seminar E-Rezeki ini juga mensasarkan kepada golongan isi rumah serta golongan belia setempat untuk memberi mereka peluang pekerjaan secara sambilan di atas talian seterusnya menjana pendapatan digital... baca selanjutnya

PROGRAM BENGKEL KHALIFAH

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2016

Tujuan program Khalifah bersama penganjur utama MBFM Wilayah Selatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim. Selain itu, program ini adalah untuk pelajar melakukan aktiviti luar dan taklimat mengenai Solat yang sempurna untuk pelajar Tingkatan 4 & 5... baca selanjutnya

MARHABAN BERSAMA GERAKKAN PERSATUAN WANITA (GPW) & BELIA (MBFM)

Aktiviti Terkini | Sepanjang Julai 2016

Tujuan program Marhaban bersama GPW & Belia ini diadakan adalah untuk mngeratkan lagi silaturahim Pusat Internet dengan GPW & Belia Felda Nitar 02. Selain itu, kami dapat berkunjung dan menziarahi rumah ke rumah mereka & berselawat bersama-sama dalam bulan syawal ini... baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Aktiviti Terkini | Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’ yang bertemakan ‘Memperkasakan Remaja Digital Dengan Gaya Hidup Sihat’. Program ini dijalankan dalam menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020... baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAERAH MERSING & MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 26 & 29 Jun 2016

ujuan program Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim ini diadakan adalah untuk berkongsi rezeki menjamu makanan Berbuka Puasa untuk Anak-anak Yatim. menghibur & memberi semangat kepada anak yatim untuk menyambut Hari Raya walaupun telah ketiadaan ayah & ibu. Bersama berkerjasama dengan gabungan PI1M bersama pihak luar... baca selanjutnya

AKTIVITI GOTONG-ROYONG & PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR KE FELDA NITAR 02

Aktiviti Terkini | 13 & 15 Mei 2016

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan golongan muda dan warga emas bekerjasama dalam program seperti ini. serta mengeratkan silaturahim antara pekerja PI1M bersama penduduk kampung dan orang2 luar... baca selanjutnya

PROGRAM KURSUS KEK & PASTRI

Aktiviti Terkini | 02, 09, 16 & 23 April 2016

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan golongan belia dan muda untuk belajar memasak. Menggadakan aktiviti untuk generasi muda serta mengeratkan silaturahim antara pekerja PI1M bersama penduduk sekitar dan badan kerajaan... baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASSIN BERSAMA PERSATUAN GPW FELDA NITAR 02

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2016

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mnegeratkan silaturahim pusat internet 1 malaysia dengan persatuan GPW di kampung ini dan serta dapat mngikuti berita dari masa ke semasa mengenai program-program yang ada di dalam kampung ini... baca selanjutnya

PERTANDINGAN BOLA DAN PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN

Aktiviti Terkini | 08 & 17 Februari 2016

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan golongan muda & belia untuk beriadah. Serta untuk memberi pemgetahuan dan maklumat serta mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mengeratkan hubungan silaturahim bersama penduduk kampung... baca selanjutnya

PROGRAM AMAL DERMA PAKAIAN & TABUNG DERMA UNTUK SEKOLAH TAHFIZ & FAKIR MISKIN

Aktiviti Terkini | 01 - 31 Januari 2016

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menolong masyarakat di luar sana dan mngeratkan silaturahim diantara satu sama lain. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pusat Internet 1Malaysia dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Mersing, Sekolah Tahfiz Kluang dan penduduk-penduduk di sekitar Bandar mersing dan Felda Nitar 02. Dalam Bulan Fabruari Barangan dan duit tersebut akan diagihkan untuk dihantar kepada Badan Kebajikan masyarakat Mersing dan Sekolah Tahfiz Kluang... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya