Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama Nitar merupakan sempena nama Anitar anak perempuan orang asli di ini yang hilang di dalam hutan dan tak pernah ditemui sehingga sekarang. Bersempena nama gadis itu, kawasan ini dinamakan Nitar.

FELDA Nitar 2 di buka selepas wujudnya FELDA Nitar 1. Kewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi peneroka FELDA. Pada September 1984, penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka di FELDA Nitar 2. FELDA menyediakan rumah dan tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.

Pada 1985, peneroka mula menanam kelapa sawit di atas tanah kepunyaan mereka. Selain itu, FELDA turut memberi bantuan berupa baja, racun serta khidmat nasihat. Hasil tanaman mereka akan dihantar ke kilang FELDA untuk diproses. Walaupun FELDA Nitar 2 ini terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri dan boleh bergerak ke kawasan bandar bila-bila masa sahaja. Terdapat juga perkhidmatan bas awam disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.

Perubahan yang dialami di tanah rancangan serta kerajinan para peneroka mempelbagaikan pendapatan telah mengubah wajah kehidupan mereka dan memberi keselesaan pada masa sekarang. Kini peneroka telah mengubahsuai rumah mereka agar lebih selesa. Kawasan FELDA Nitar 2 ini dibuka sekitar tahun 1984 dengan kebanyakan penerokanya adalah daripada kawasan negeri Johor.

FELDA ini terletak kira-kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan penduduknya seramai lebih 3200 orang. FELDA Nitar 2 terletak berhampiran FELDA Nitar 1 dan juga FELDA Nitar Timur manakala Bandar Mersing merupakan bandar yang terhampir dengan tanah rancangan ini. Masyarakat di sini sering kali ke Bandar Mersing untuk menjalankan urusan penting dan mendapatkan bekalan seharian.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020



Program Akhir Tahun 2014


22 Disember 2014 | Aktiviti Terkini

Assalammualaikum..Alhamdulillah pada 22 disember 2014 telah berlangsungnya Program Akhir Tahun 2014 yang terdiri daripada Pertandingan Menaip Pantas, Menulis Surat Rasmi, Anyaman Ketupat & Masakan berasaskan Mee... baca selanjutnya


Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) untuk Bantuan Mangsa Banjir


23 Disember 2014 | Berita Semasa

Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) dibuka dari 24 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015 untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini. Dengan menggunakan SMS, hanya taipkan perkataan BANJIR serta amaun yang anda ingin derma, contohnya BANJIR 5 (BANJIR jarak 5) untuk derma RM5 (Lima Ringgit) dan hantarkan kepada 13999. Amaun-amaun yang boleh diderma adalah seperti berikut: RM1, 3, 5, 10, 15, 20, 30, 40 atau 50. Terima kasih kerana menderma! Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan... baca selanjutnya


Program KDB, Celik IT & Latihan Keusahawanan


9 & 10 November 2014 | Aktiviti Terkini

Assalammualaikum..Alhamdulillah pada 9 & 10 / november 2014 telah berlangsungnya Program KDB & Celik IT - Presentation. baca selanjutnya


Pertandingan Teka Kacang, Games Online, Puzzle, Wooden Stack, Dam Ular dan Congkak


18 Oktober 2014 | Aktiviti Terkini

Assalammualaikum..Alhamdulillah pada 18/10/2014 telah berlangsungnya pertandingan Teka Kacang, Games Online, Puzzle, Wooden Stack, Dam Ular dan Congkak... baca selanjutnya


PERTANDINGAN CARI PERKATAAN, TEKA SILANG KATA & HASH TAG KREATIF SEMPERNA HARI MALAYSIA 2014


12 September 2014 | Aktiviti Terkini

Assalammualaikum, Terima kasih kepada perserta2 untuk pertandingan kali ini. Pertandingan kali ini diadili dengan siapa dapat cari perkataan bahasa melayu terbanyak dan tekaan silang kata dengan tepat... baca selanjutnya


Program Taklimat Klik Dengan Bijak di SMK Nitar, Mersing, Johor


13 Ogos 2014 | Aktiviti Terkini

Assalammualaikum..Terima Kasih kepada semua warga SMK Nitar kerana memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program dijalankan... baca selanjutnya


Latihan Keusahawanan Percuma untuk Bulan Ogos


17 Julai 2014 | Berita Semasa

Assalammualaikum, Sukacita dimaklumkan kepada semua yang berminat anda di jemput untuk menjalani latihan usahawan berkaitan IT (rujuk jadual pembelajaran)..Peluang adalah terhad sebulan hanya 1 sesi untuk 9 orang sahaja... baca selanjutnya


Pertandingan Liga Remaja Kreatif


11 Julai 2014 | Berita Semasa

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik.Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk VIDEO, PORTAL INTERNET ataupun APLIKASI MUDAH ALIH... baca selanjutnya


Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran


10 Julai 2014 | Aktiviti Terkini

Alhamdulilah kami telah selesai bersama-sama menjayakan Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran yang telah diadakan di Masjid Jamik Felda Nitar 02 anjuran Gerakan Persatuan Wanita (GPW) and Wanita UMNO Felda Nitar 2... baca selanjutnya


Program Pengenalan Komputer & Membaca kepada kanak-kanak Tadika FELDA NITAR 2


23 Jun 2014 | Aktiviti Terkini

Alhamdulilah..Kami dari Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 2 menyucapkan ribuan terima kasih kepada semua kanak-kanak dari Tadika Felda Nitar 2... baca selanjutnya


Bacaan Yassin & Tahlil berjemaah DI PI1M Felda Nitar 2


23 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Alhamdulilah syukur pada ilahi..semuanya berjalan dengan lancar. Kami dari Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 2 menyucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam program ini terutamanya Ahli-ahli GPW, Belia & kanak-kanak... baca selanjutnya


PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK


26 April 2014 | Aktiviti Terkini

Pertandingan mewarna kanak-kanak berumur antara 4 sehingga 12 tahun ajuran pusat internet 1malaysia felda nitar 02, belia felda nitar 02 & tupperware brands. Alhamdulilah syukur pada Ilahi semuanya berjalan dengan lancar... baca selanjutnya


PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE BAGI PELAJAR DARJAH 3 & 4 S.K L.K.T.P NITAR 2


28 Mac 2014 | Aktiviti Terkini

Alhamdulilah syukur pada ilahi..semuanya berjalan dengan lancar. Kami dari Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 2 menyucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam program ini... baca selanjutnya


PROGRAM MEWARNA ONLINE (DARJAH 1 & DARJAH 2)


21 Febuari 2014 | Aktiviti Terkini

Alhamdulilah syukur pada ilahi..semuanya berjalan dengan lancar. Kami dari Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 2 menyucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam program ini terutamanya Ibubapa yang hadir... baca selanjutnya


Program bersama Sekolah Tadika, Pra Sekolah & Ibu Bapa Felda Nitar 02


24 Januari 2014 | Aktiviti Terkini

Alhamdulilah syukur pada ilahi..semuanya berjalan dengan lancar. Kami dari Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 2 menyucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam program ini terutamanya Ibubapa yang hadir... baca selanjutnya