Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Nama Nitar merupakan sempena nama Anitar anak perempuan orang asli di ini yang hilang di dalam hutan dan tak pernah ditemui sehingga sekarang. Bersempena nama gadis itu, kawasan ini dinamakan Nitar.

FELDA Nitar 2 di buka selepas wujudnya FELDA Nitar 1. Kewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi peneroka FELDA. Pada September 1984, penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka di FELDA Nitar 2. FELDA menyediakan rumah dan tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.

Pada 1985, peneroka mula menanam kelapa sawit di atas tanah kepunyaan mereka. Selain itu, FELDA turut memberi bantuan berupa baja, racun serta khidmat nasihat. Hasil tanaman mereka akan dihantar ke kilang FELDA untuk diproses. Walaupun FELDA Nitar 2 ini terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri dan boleh bergerak ke kawasan bandar bila-bila masa sahaja. Terdapat juga perkhidmatan bas awam disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.

Perubahan yang dialami di tanah rancangan serta kerajinan para peneroka mempelbagaikan pendapatan telah mengubah wajah kehidupan mereka dan memberi keselesaan pada masa sekarang. Kini peneroka telah mengubahsuai rumah mereka agar lebih selesa. Kawasan FELDA Nitar 2 ini dibuka sekitar tahun 1984 dengan kebanyakan penerokanya adalah daripada kawasan negeri Johor.

FELDA ini terletak kira-kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan penduduknya seramai lebih 3200 orang. FELDA Nitar 2 terletak berhampiran FELDA Nitar 1 dan juga FELDA Nitar Timur manakala Bandar Mersing merupakan bandar yang terhampir dengan tanah rancangan ini. Masyarakat di sini sering kali ke Bandar Mersing untuk menjalankan urusan penting dan mendapatkan bekalan seharian.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2019

Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Internet Felda Nitar 02 dan Sekolah Pengendali Makanan iaitu NZ Bunga Venture.... baca selanjutnya

MAJLIS KONVOKESYEN DAN HARI SUKAN LITERASI FELDA NITAR 02

Aktiviti Terkini | 13 November 2019

Program ini bertujuan bagi menjadi medium penyatuan dan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain dan juga memberi kesedaran kepada adik –adik bahawa internet bukan sahaja memberikan keseronokan kepada mereka malah memberikan keburukkan yang mereka kadang-kadang tidak sedar.... baca selanjutnya

PROGRAM WARNA-WARNI MUKIM KAHANG

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019

Program ini adalah proses menyatupadukan anggota masyarakat, melalui idealogi kerajaan membentuk satu identity dan nilai serta perasaan kebangsaan bersama.... baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI SK BANDAR ENDAU

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2019

Program ini bertujuan bagi menjadi medium penyatuan dan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain dan juga memberi kesedaran kepada adik –adik bahawa internet bukan sahaja memberikan keseronokan kepada mereka malah memberikan keburukkan yang mereka kadang-kadang tidak sedar..... baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI SK TELUK LIPAT

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2019

Program ini bertujuan bagi menjadi medium penyatuan dan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain dan juga memberi kesedaran kepada adik –adik bahawa internet bukan sahaja memberikan keseronokan kepada mereka malah memberikan keburukkan yang mereka kadang-kadang tidak sedar.... baca selanjutnya

PROGRAM KAWAL SELIAKENDIRI DAN KESELAMATAN INTERNET DAN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 18 September 2019

Program ini bertujuan bagi menjadi medium penyatuan dan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain dan juga memberi kesedaran kepada adik –adik bahawa internet bukan sahaja memberikan keseronokan kepada mereka malah memberikan keburukkan yang mereka kadang-kadang tidak sedar.... baca selanjutnya

SAMBUTAN KEMERDEKAAN BERSAMA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini |29 Ogos 2019

Program ini bertujuan bagi menjadi medium penyatuan dan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain dan juga memberi kesedaran kepada adik –adik bahawa internet bukan sahaja memberikan keseronokan kepada mereka malah memberikan keburukkan yang mereka kadang-kadang tidak sedar... baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SMK UNGKU HUSSIN, MERSING

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2019

Program ini dijalankan bersama semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Hussin, Mersing. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI dan diselitkan dengan sedikit kuiz untuk para pelajar. Program berakhir pada pukul 11.00 pagi dan pihak sekolah menerima cenderahati daripada pihak PI.... baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI PI TAMAN LAUTAN BIRU

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Aktiviti ini dijalankan bersama ahli PI. Taklimat ringkas berkenaan Klik Dengan Bijak beserta Kuiz Online telah dijalankan.... baca selanjutnya

PROGRAM BIJAK IT BERSAMA ADIK-ADIK FELDA NITAR 02

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2019

Program ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada adik –adik bahawa internet bukan sahaja memberikan keseronokan kepada mereka malah memberikan keburukkan yang mereka kadang-kadang tidak sedar. baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2019

Tujuan program ini adalah untuk membentuk kerjasama yang erat antara staf Pusat Internet dengan penduduk kampong di Felda Nitar 02. Ianya secara tidak langsung dapat berkongsi pengetahuan tentang dunia teknologi serta internet dan pengalaman untuk menjayakan program ini bersama-sama....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI MRSM MERSING

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2019

Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya member kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Melalui program ini, kami juga akan menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan Pusat Internet menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI pada masa akan datang....baca selanjutnya

Program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk Serta Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2019

Tujuan program ini adalah untuk membentuk kerjasama yang erat antara staf PI dengan kakitangan serta anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 17 & 24 April 2019

Dapat mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat dan menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Anjung Batu

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2019

Dapat mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat, menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian dan memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif dalam kalangan masyarakat... baca selanjutnya

Kursus Pencegahan Kebakaran

Aktiviti Terkini | 12 Februari 2019

Kursus Pencegahan Kebakaran yang melibatkan kesemua kakitangan Pusat Internet Daerah Mersing disampaikan oleh Pasukan Bomba Endau. Pasukan Bomba Endau juga menjemput wakil komuniti setempat... baca selanjutnya

Program Bersama Belia Felda Nitar 2 ‘ Back to school’

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2019

Bertujuan program ini menjadi medium penyatuan dan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain, melalui program ini mampu menjadi medium untuk berkongsi ilmu dan mempromosikan produk dan perkhidmatan Pusat Internet... baca selanjutnya