PROGRAM TAKLIMAT KESELAMATAN DARI POLIS & SEMINAR E-REZEKI MALAYSIAN ECONOMY COMPANY (MDEC)

09 & 25 September 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini bersama penganjur utama wakil polis, Puteri UMNO, MDEC, Unit Usahawan Muda, Pusat Pembangunan Belia & Pejabat Belia dan Sukan daerah Mersing ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan untuk penduduk kampung Felda Nitar 2 & berhampiran tentang keselamatan diri & berkerja melalui online serta seminar E-Rezeki ini juga mensasarkan kepada golongan isi rumah serta golongan belia setempat untuk memberi mereka peluang pekerjaan secara sambilan di atas talian seterusnya menjana pendapatan digital.

Program Taklimat Keselamatan dari Polis berlangsung pada 9hb September 2016 & bermla dari jam 9.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Manakala Seminar E-Rezeki Malaysian Economy Company (MDEC) pula berlangsung pada 25hb September 2016 & bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Program ini semua dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 02.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti :





kembali ke halaman utama