MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAERAH MERSING & MAJLIS TADARUS AL-QURAN

26 & 29 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan program Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim ini diadakan adalah untuk berkongsi rezeki menjamu makanan Berbuka Puasa untuk Anak-anak Yatim. menghibur & memberi semangat kepada anak yatim untuk menyambut Hari Raya walaupun telah ketiadaan ayah & ibu. Bersama berkerjasama dengan gabungan PI1M bersama pihak luar.

Tujuan program Majlis Tadarus Al-Quran ini diadakan adalah untuk mendapat keberkatan khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Bersama mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung. Mengadakan aktiviti yang berfaedah bersama penduduk kampung.

Program Buka Puasa dilaksanakan pada 26hb. Bermula untuk menyiapkan Hidangan di Rumah Anak Yatim pada jam 6 petang. Manakala Anak-anak Yatim tersebut bermula dengan membaca tahlil untuk arwah keluarga mereka yang telah kembali kerahmatullah. Pada jam 7.15 azan maghrib mula berbuka dengan hidangan kueh-mueh. Seterusnya diteruskan dengan solat maghrib dan selepas itu baru makan makanan berat. Selepas makan mereka diberikan duit raya dan cenderhati. Selepas itu majlis bersurai.

Program seterusnya pada 29hb iaitu Majlis Tadarus Al-Quran. Telah diadakan di Masjid Jamek Felda Nitar 02 yang bermula pada jam 3.00 petang. Dimulakan dengan Tadarus beramai-ramai seterusnya sedikit majlis penyampaian hadiah untuk AJK Masjid dan penyampaian mock cek Ihya Rahmat Ramadhan 2016 sumbangan pihak SERANTA. Bersama solat Asar berjemaah, Tazkirah, Buka Puasa & solat Maghrib berjemaah. Selepas itu majlis bersurai.

Program ini bertujuan memperkenalkan PI1M kepada komuniti Felda Nitar 02 dan merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti :





kembali ke halaman utama