PERTANDINGAN BOLA DAN PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN

8 & 17hb Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan golongan muda & belia untuk beriadah. Serta untuk memberi pemgetahuan dan maklumat serta mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mengeratkan hubungan silaturahim bersama penduduk kampung.

Pertandingan bola dilaksanakan pada 8hb Februari 2016 bermula jam 8.00 pagi untuk pendaftaran pasukan. Pada jam 9.00 pagi kedatangan YB Raven Kumar (Dun Tenggaroh) untuk perasmian pertandingan. Pertandingan bola dimulakan pada jam 9.15 pagi sehingga selesai. Pada Jam 6.00 petang bermula penyampaian hadiah.

Program Pemeriksaan Kesihatan dimulakan dengan perasmian Oleh Tn Hj Mohd Khalil bin Abd Basar (Pengurus Felda Nitar 02). Pemeriksaan saringan kesihatan dan gigi bermula dari jam 9.30. Sepanjang pemeriksaan pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah penyakit tidak berjangkit dan penjagaan gigi oleh Dr Cheah Yong Xiang dari Klinik Kesihatan Jemaluang.

Kebaikan program seperti ini adalah untuk memberi peluang golongan muda untuk beriadah secara sihat dan mendapat ilmu dalam penjagaan kesihatan selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk kampung dan orang luar.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti :





kembali ke halaman utama