BASIC ICT : KELAS ICT MICROSOFT EXCEL– BELAJAR FORMULA

Aktiviti terkini | 13 Julai 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Nitar 2

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas Ict ini merupakan kelas yang dijalankan di NADI Felda Nitar 2 seminggu dua kali yang sertai oleh pelajar – pelajar sekolah sekitar Felda Nitar 2 . Kelas ini sangat berguna dan bermanfaat kepada para pelajar lantaran cabaran baru dalam dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT). Dengan menggunakan formula-formula ini, pelajar dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan analisis data, menjimatkan masa, dan menghasilkan laporan yang lebih berkualiti.

Tujuan :
• Kelas ICT sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Formula di Microsoft Excel memainkan peranan yang sangat penting dalam memproses dan menganalisis data.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Microsoft Excel – Membuat jadual dan menggunakan formula untuk operasi tambah,darab & bahagi.
• Disertai oleh 7 orang pelajar
• Pelajar diberikan tugasan untuk membuat jadual terlebih dahulu dan menyelesaikan pengiraan menggunakan formula.

Kelebihan Aktiviti :
• Formula mengautomasikan pengiraan, mengelakkan keperluan untuk pengiraan manual dan mengurangkan risiko kesilapan.
• Formula membantu memastikan ketepatan pengiraan dan analisis data, mengurangkan kemungkinan ralat manusia.
• Formula seperti VLOOKUP, HLOOKUP, dan INDEX-MATCH memudahkan pencarian dan penyusunan data dalam jadual besar, menjadikannya lebih mudah untuk mencari dan menganalisis maklumat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :