BASIC ICT : KELAS ICT MICROSOFT WORD – MENAIP SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Aktiviti terkini | 9 Mac 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Tenggaroh 2

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Kelas Ict ini merupakan kelas yang dijalankan di NADI Felda Nitar 2 seminggu dua kali yang sertai oleh pelajar – pelajar sekolah sekitar Felda Nitar 2 . Kelas ini sangat berguna dan bermanfaat kepada para pelajar lantaran cabaran baru dalam dunia pendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan pelajar-pelajar dan aktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran dan pembelajaran yang berterusan.

Tujuan :
• Kelas ICT sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Microsoft Word – Menaip Surat Rasmi
• Disertai oleh 7 orang pelajar
• Pelajar diberikan tugasan untuk menaip surat rasmi menggunakan maklumat yang diberikan bagi memastikan para pelajar faham akan modul pelajaran yang diajarkan.

Kelebihan Aktiviti :
• pelajar dapat memahirkan diri dengan ICT serta Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah.
• Dapat melahirkan pelajar celik komputer yang bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain.
• Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :