Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Nama Nitar merupakan sempena nama Anitar anak perempuan orang asli di ini yang hilang di dalam hutan dan tak pernah ditemui sehingga sekarang. Bersempena nama gadis itu, kawasan ini dinamakan Nitar.

FELDA Nitar 2 di buka selepas wujudnya FELDA Nitar 1. Kewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi peneroka FELDA. Pada September 1984, penduduk dari Johor dipilih untuk menjadi peneroka di FELDA Nitar 2. FELDA menyediakan rumah dan tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.

Pada 1985, peneroka mula menanam kelapa sawit di atas tanah kepunyaan mereka. Selain itu, FELDA turut memberi bantuan berupa baja, racun serta khidmat nasihat. Hasil tanaman mereka akan dihantar ke kilang FELDA untuk diproses. Walaupun FELDA Nitar 2 ini terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri dan boleh bergerak ke kawasan bandar bila-bila masa sahaja. Terdapat juga perkhidmatan bas awam disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.

Perubahan yang dialami di tanah rancangan serta kerajinan para peneroka mempelbagaikan pendapatan telah mengubah wajah kehidupan mereka dan memberi keselesaan pada masa sekarang. Kini peneroka telah mengubahsuai rumah mereka agar lebih selesa. Kawasan FELDA Nitar 2 ini dibuka sekitar tahun 1984 dengan kebanyakan penerokanya adalah daripada kawasan negeri Johor.

FELDA ini terletak kira-kira 26 kilometer dari Bandar Mersing dengan bilangan penduduknya seramai lebih 3200 orang. FELDA Nitar 2 terletak berhampiran FELDA Nitar 1 dan juga FELDA Nitar Timur manakala Bandar Mersing merupakan bandar yang terhampir dengan tanah rancangan ini. Masyarakat di sini sering kali ke Bandar Mersing untuk menjalankan urusan penting dan mendapatkan bekalan seharian.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM BIJAK ICT BERSAMA ADIK-ADIK KOMUNITI FELDA NITAR 2

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2023

Menggalakkan peserta bersaing secara sihat..............baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SMK NITAR

Aktiviti Terkini | 15 November 2023

Mendidik para pelajar tentang cara penggunaan ict dengan lebih berhemah.............baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT RANCANGAN ANJURAN JAWATANKUASA PENGURUSAN MASJID FELDA NITAR 2

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2023

Membentuk kerjasama bersama komuniti dan juga agensi yang terlibat.............baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) MRSM MERSING BERSAMA AGENSI (KKM & AADK)

Aktiviti Terkini | 5 September 2023

Mendidik para pelajar tentang cara penggunaan ict dengan lebih berhemah.............baca selanjutnya

PROGRAM KDB DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS TAMAN INTAN JAYA

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2023

Memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan guru tabika berkaitan komputer.............baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SK PENYABONG

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2023

Mendidik para pelajar tentang cara penggunaan ict dengan lebih berhemah.............baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SK TERIANG

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2023

Mendidik para pelajar tentang cara penggunaan ict dengan lebih berhemah.............baca selanjutnya

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2023

Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian dalam kalangan komuniti kampung.............baca selanjutnya

POGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DI GIATMARA MERSING

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2023

Program ini dapat memberikan maklumat serta perkongsian yang bermanfaat kepada para pelajar tentang waspada penipuan kewangan dan cara memasarkan produk mereka dengan efektif.. ...........baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SMK TENGGAROH A BERSAMA CELCOM DIGI (PEMBERIAN SIM KAD PERCUMA)

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2023

Mendidik para pelajar tentang cara penggunaan ict dengan lebih berhemah...........baca selanjutnya

MAJLIS MESRA AIDILFITRI PERINGKAT RANCANGAN FELDA NITAR 02 TAHUN 2023

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2023

Mengeratkan silaturahim semua pihak. ...........baca selanjutnya

PROGRAM E-READ REKACIPTA BAHAN TERBUANG DAN TERPAKAI KEMAS DAERAH MERSING

Aktiviti Terkini | 17 Mei 2023

Untuk mencari cetusan idea kreatif dalam rekacipta bahan kitar semula ...........baca selanjutnya

PROGRAM TADARUS AL-QURAN DAN EDARAN BUBUR LAMBUK

Aktiviti Terkini | 5 April 2023

Menjalinkan Hubungan Kerjasama dengan Badan-badan kerajaan dan NGO. ...........baca selanjutnya

TAKLIMAT KEUSAHAWANAN BERSAMA BSN (SEMARAK NIAGA)

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2023

Memberi pendedahan kepada komuniti tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga iaitu satu kemudahan pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan...........baca selanjutnya

MEMBUKA BOOTH DI MAJLIS APRESIASI ADIK-ADIK KEMAS MERSING

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2023

Memperkenalkan PEDi sebagai pusat sehenti yang boleh membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital dalam perniagaan..........baca selanjutnya

MAJLIS GRADUASI PUSAT LITERASI FELDA NITAR 2 & KDB

Aktiviti Terkini | 5 Januari 2023

Terdapat selingan tayangan video KDB yang dapat memberi sedikit maklumat yang bermanfaat kepada para hadirin. ..........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti