Program Bubur Lambuk Bersama Giatmara

12 Jun 2017 | Isnin
9.00 pagi– 5.00 petang | Sekitar Bazar Ramadan Mersing, Johor

Tujuan:
Pada bulan ini, PI1M Tanjung Genting, PI1M Kg. Baru Air Tawar dan juga PI1M Felda Nitar 02 telah bersepakat untuk mengadakan kerjasama bersama Giatmara Mersing bagi menjayakan program bubur lambuk sempena bulan Ramadan ini. Program ini diadakan sebagai satu cara untuk membuat kebajikan pada bulan mulia ini dimana setiap bubur lambuk yang dibuat akan diedarkan kepada orang ramai di sekitar Bazar Ramadan Mersing.

Penglibatan:
Pengujung program.

Aktiviti Berkaitan:
1). Persediaan membuat bubur lambuk.
2). Cabutan bertuah dan program KDB bersama pelajar Giatmara.
3). Edaran bubur Lambuk di Bazar Ramadan Mersing.

Kesimpulan:
Program bubur lambuk ini telah berjaya memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada mata umum khususnya kepada penerima bubur lambuk tersebut. Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi memudahkan jalinan hubungan antara Badan-badan kerajaan, agensi atau NGO yang lain.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama