Mencari Perkataan Tersembunyi & Typing Word

25 Mac 201 | Sabtu
2.30 petang – 4.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 2

Tujuan:
• Tujuan program mencari perkataan tersembunyi dan typing word ini adalah untuk melihat kecekapan remaja di Felda Nitar 02 dalam menggunakan computer. Menilai keberkesanan dan mempraktikkan pembelajaran Kelas ICT seperti yang mereka belajar sebelum ini.

Kelebihan:
Kebaikan program seperti ini adalah untuk menggalakkan staff PI1M dengan remaja serta penduduk setempat serta badan-badan kerajaan bekerjasam dan berkongsi idea untuk menjayakan sebuah program.Selain itu ianya menjadi salah satu cara untuk menarik perhatian remaja untuk datang ke Pusat Internet 1 Malaysia.

Penglibatan:
Program mencari perkataan tersembunyi dan typing word ini adalah 1 program yang dijayakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Nitar 02 sahaja yang melibatkan ahli PI1m dan remaja berumur 18 tahun ke bawah.(30 Orang)

Butiran Berkaitan:
Program ini bertujuan untuk menguji kemahiran peserta dalam kedua-dua permainan .Menguji tahap kepekaan peserta dalam mendapatkan jawapan yang betul.Menguji kecekapan dan kelajuan dalam menaip. Program pada 25 Mac 2017 bermula pada pukul 2.30 petang dengan pendaftaran. Selpas itu, pada pukul 3.00 petang program pertama bermula iaitu pertandingan “mencari perkataan tersembunyi”. Kemudian,pada pukul 3.45 petang acara disambung dengan pertandingan “ typing word”. Pada pukul 4.30 petang, selesai pertandingan dan upacara penyampaian hadiah dijalankan dan peserta diberi jamuan dan bersurai.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:









Kembali ke halaman utama