Program Sambutan Hari Malaysia bersama PI1M Felda Nitar 2 & Tabika Kemas

17 September 2017 | Ahad
7.30 pagi – 1.00 petang | Tabika Kemas Felda Nitar 2, Johor

Tujuan:
• Mengeratkan hubungan silaturrahim staff PI1M Tg Genting penduduk setempat dan memperkenalkan PI1M kepada khalayak ramai.
• Memupuk semangat perpaduan di kalangan kanak-kanak dan ibubapa.
• Memperkenalkan PI1M Tg Genting kepada penduduk sekitar.

Penglibatan:
Peserta program.

Kelebihan aktiviti:
• Dapat menyemarakkan lagi hari Malaysia pada tahun 2017.
• Dapat memperkenalkan PI1M Tg Genting kepada penduduk setempat dan kanak-kanak dan menunjukkan kerjasama antara pi1m dan NGO yang lain.
• Dapat menunjukkan kepada kanak-kanak dan ibubapa tentang dengan penggunaan internet didalam segmen Klik dengan Bijak.

Perlaksanaan aktiviti:
Program mengenai hari Malaysia ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan kanak-kanak tabika kemas dan ibubapa. Program pada 17 September 2017(ahad) bermula pada jam 7.30 pagi di Tabika Kemas dengan pendaftaran kanak-kanak tabika. Selepas itu, pada pukul 8.30 pagi bermula dengan pertandingan yang pertama iaitu “TREASURE HUNT MALAYSIA 2017”, pada jam 11.30 pagi pula, program diteruskan dengan pertandingan “PAKAIAN SERAGAM HARI MALAYSIA 2017”.Selepas itu program diteruskan program Klik Dengan Bijak (KDB). Acara terakhir adalah penyampaian hadiah untuk para pemenang dan jamuan ringkas. Pada pukul 1.00 petang selesai semua program dan majlis bersurai.

Aktiviti Berkaitan:
• Program ini adalah 1 program yang dijayakan oleh Pusat internet 1Malaysia Tg Genting dan Pusat Internet 1 Malaysia Nitar 2 kerjasama bersama Tabika Kemas. Aktiviti ini disertai oleh 30 orang kanak-kanak dan 100 orang dewasa.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama