PROGRAM ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK” BERSAMA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN FELDA NITAR 1, MERSING

Aktiviti terkini |12 Mac 2020

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Nitar 1, Mersing

Tujuan :
• Program ini dijalankan bersama semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Nitar 1, Mersing.
• Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI dan diselitkan dengan sedikit kuiz untuk para pelajar.
• Program berakhir pada pukul 1.00 tengahari dan pihak sekolah menerima cenderahati daripada pihak PI.

Kelebihan Aktiviti :
• Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.
• Melalui program ini, kami juga menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PI menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar.
• Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI pada masa akan datang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :