SIARAN LANGSUNG PEDIG: PAKEJ REMAJA & PERANTI KELUARGA MALAYSIA (DIGI)

Aktiviti terkini | 20 November 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)Felda Felda Nitar 2

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini merupakan perkongsian daripada PEDI Felda Nitar 2 dan PEDi Taman Lautan Biru.Siaran langsung ini diadakan di Pusat Internet masing-masing. Diharap, video ini dapat berkongsi ilmu kepada pengikut – pengikut Page Pusat Ekonomi Digital mengenai Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia.

Tujuan :
• Untuk memperkenalkan dan menyampaikan maklumat berkaitan pakej tersebut.
• Pakej Peranti dan Remaja Keluarga Malaysia ini adalah inisiatif Digi bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menyediakan sambungan 4G kepada seluruh rakyat Malaysia.

Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program diadakan melalui video tutorial di Page PEDi Felda Nitar 2 dan PEDi Taman Lautan Biru.
• Program ini melibatkan pengikut – pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Felda Nitar 2.

Kelebihan Aktiviti :
• Pakej Peranti Keluarga Malaysia adalah sebuah inisiatif yang membolehkan semua warganegara Malaysia untuk memiliki/menaik taraf peranti mudah alih terpilih yang bertaraf 4G VoLTE secara percuma.
• Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah sebuah inisiatif bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses Internet untuk pembelajaran dalam talian serta mempertingkatkan produktiviti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :