SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK (KDB) - TIP KESELAMATAN UNTUK SEISI ANDA KELUARGA DALAM PENGGUNAAN INTERNET.

Aktiviti terkini | 19 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)Felda Felda Nitar 2

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini merupakan perkongsian daripada PEDI Felda Nitar 2 & PEDi Taman Lautan Biru. Siaran langsung ini diadakan di Pusat Internet masing-masing. Diharap, siaran langsung ini dapat berkongsi ilmu kepada pengikut – pengikut Page Pusat Ekonomi Digital mengenai tajuk seperti di atas.

Tujuan :
• Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang Keselamatan dalam melayari internet.
• Pengguna dapat mengetahui tindakan yang harus diambil jika terjadinya buli siber .
• Dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak tentang ilmu pengetahuan dunia siber.
• Padah jika terlebih kongsi.

Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program diadakan melalui LIVE di Page PEDi Felda Nitar 2, & PEDi Taman Lautan Biru.
• Program ini melibatkan pengikut – pengikut dan penonton Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Felda Nitar 2 & PEDi Taman Lautan Biru

Kelebihan Aktiviti :
• Penonton menjadi lebih peka tentang keselamatan di dalam talian.
• Ibu bapa juga dapat memahami cara mendidik anak dalam menggunakan internet.
• Menggalakkan penonton menggunakan Internet dengan cara yang selamat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :